Friday, June 5, 2026

Rafizi dakwa diugut video lucah dengan seorang lelaki

Tangkap layar video tu nampak seperti seorang lelaki. Katil, bilik dan setting macam kabur-kabur. Macam video kabur yang pernah ada dulu, cuma nampak macam muka saya. - Rafizi

Mesti Baca

BEKAS Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan berupa rakaman video lucah dengan seorang lelaki menerusi satu e-mel, semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, menerusi e-mel tersebut, pengirim turut menuntut beliau membayar sebanyak USD100,000 (RM420,500) jika tidak mahu rakaman video tersebut disebarkan.

Rafizi berkata, pengirim berkenaan turut menyertakan tangkap layar video berkenaan serta kod QR agar memudahkan beliau membuat pindahan wang.

“Tangkap layar video tu nampak seperti seorang lelaki. Katil, bilik dan setting macam kabur-kabur. Macam video kabur yang pernah ada dulu, cuma nampak macam muka saya.

“Yang lawaknya, setengah jam kemudian saya dapat mesej dari YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang. Dia beritahu dia kena ugut ada satu video lucah dengan lelaki juga.

“Kami sama-sama kongsi screen shot. Rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Rafizi berkata, pihak pejabat Wong Chen terus membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut manakala beliau sendiri belum berbuat demikian.

Ini kerana, beliau percaya e-mel tersebut sengaja dihantar untuk menggodam peranti elektroniknya agar fitnah lebih besar dapat dilakukan. 

“Saya tak rasa mereka menghabiskan jutaan ringgit untuk bayar firma AI (kecerdasan buatan) buat video lucah yang ada muka saya. Cuma suntinh video lama dan letak muka saya, kemudian ambil tangkap layar,” katanya.

Rafizi yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR sebelum ini mendakwa ini bukan kali pertama ada pihak berusaha untuk menggodam peranti elektronik beliau.

Tambah beliau, beliau pernah empat kali menjadi sasaran penggodam terhadap telefon beliau tempoh sembilan bulan lepas dan mendapat amaran dari Apple pada 14 November 2024, 6 Mac 2025, 25 Jun 2025 dan 3 September 2025.

“Cubaan paling berbahaya ialah yang menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone dan akaun Apple saya. 

“Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon dan peranti lain yang berkaitan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sekiranya mendapat video atau gambar pelik mengenainya.

Rafizi percaya pelbagai gangguan yang diterima termasuk cubaan menculik anaknya serta peras ugut yang diterima isteri beliau kerana pendiriannya membongkar rasuah atau melawan pihak yang dilindungi. 

“Ramai yang ingat senang nak jadi ahli politik. 

“Tapi kalau kita cuba ada pendirian sendiri, atau membongkar rasuah, atau cuba melawan vested interest yang bermaharajalela, sebenarnya kehidupan harian kita akan terus diganggu seperti ini,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan