Thursday, June 4, 2026

Anwar, Abang Johari muktamadkan isu minyak dan gas

Kedua-dua pemimpin bersetuju memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat yang telah dipersetujui sebelum ini, bagi melancarkan lagi proses rundingan Petronas dan Petros.

Mesti Baca

KERAJAAN Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mencapai kata sepakat berhubung isu melibatkan kerjasama antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menerusi rundingan yang berlangsung secara harmoni di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempengerusikan mesyuarat tersebut bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg, yang turut disertai kepimpinan tertinggi kedua-dua syarikat minyak dan gas terbabit.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat yang telah dipersetujui sebelum ini, bagi melancarkan lagi proses rundingan antara Petronas dan Petros.

“Langkah ini penting bagi memastikan potensi besar hasil kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh serta dilaksanakan dengan berkesan,” menurut kenyataan itu.

Antara inisiatif utama yang dikenal pasti ialah usaha mempercepatkan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dan Premier Sarawak turut mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu yang berbangkit sebelum ini secara rundingan, sekaligus mengukuhkan semangat Persekutuan dalam kerjasama dua hala tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan