Sunday, July 19, 2026

Anwar simpati ribuan mangsa banjir di Sabah dan Sarawak

Arah NADMA perkemas penyelarasan seluruh jentera agensi persekutuan dan negeri

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa simpati terhadap ribuan rakyat yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran dalam media sosialnya, Anwar mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemaskan penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri.

“Berduka cita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak. Saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini.

“Saya juga mengarahkan NADMA memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri.

“Keutamaan saat ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan,” katanya hari ini.

Sehingga 3 petang ini, seramai 5,106 mangsa daripada 1,416 keluarga membabitkan 11 daerah di Sarawak terbabit dipindahkan.

Manakala di Sabah pula melibatkan 3,550 mangsa daripada 1,232 keluarga dengan 10 daerah terjejas akibat bencana tersebut.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Untuk rekod, peperiksaan bertulis SPM 2024 masih berlangsung dan berakhir pada 6 Februari ini.

“Skuad Ihsan MADANI akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan