Wednesday, July 22, 2026

Sindiket jual tanah: Tiada tanah Felda bertukar hak milik

Mesti Baca

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual kepada mana-mana pihak dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.

Felda dalam satu kenyataan berkata, tiada kakitangannya yang terlibat dalam kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan sindiket penjualan 640 ekar (258.9 hektar) tanah milik Felda di Bukit Katil, Melaka.

“Felda akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha memastikan segala urusan siasatan dapat dilaksanakan dengan baik,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Semalam, media melaporkan SPRM menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Sumber SPRM memaklumkan lapan individu terbabit melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam berusia lingkungan 20 hingga 50-an yang ditahan di Kuala Lumpur dan Sabah. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan