Thursday, June 4, 2026

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

Mesti Baca

SEORANG pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun semalam.

MAS dalam satu kenyataan bagi mengesahkan perkara itu berkata, Norzana Hanim Hamzah sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo ketika kejadian berlaku.

“Norzana berada di hotel ketika transit di Tokyo dan dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi bantuan sewajarnya,” kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti, namun menurut hantaran komuniti kru MH mendakwa dia kemungkinan terjatuh ketika membuat persediaan untuk penerbangan pulang. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan