26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Menteri kecewa, wanita dakwa buang saka

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan sikap seorang wanita yang membuang sampah ke dalam sungai di Kelantan, sebagaimana video yang tular sejak semalam.


Beliau berkata, dalam usaha kementerian melancarkan kempen menjaga sungai, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan kebersihan sumber air.

Tegasnya, pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan itu.

“Terima kasih kepada yang membuat rakaman,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi.

Semalam, tular video sebuah kereta yang berhenti di atas jambatan sebelum seorang wanita membuang sampah ke dalam sungai menerusi tingkap.

Advertisements

Klip selama 20 saat itu tular dan mendapat kecaman netizen yang mengatakan individu tersebut tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.

Bagaimanapun difahamkan, wanita itu ada membuat permohonan maaf di Facebook ekoran perbuatannya.

Wanita itu menjelaskan dia baru balik dari Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan tradisional.

Dia mendakwa diminta oleh perawat tradisional itu supaya membuang barang saka ke dalam sungai.

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan