26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Lelaki buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak ditahan

Mesti Baca

SEORANG lelaki ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak dalam tiga kejadian berasingan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam lif perumahan di Presint 5, Putrajaya.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang memakai topi keledar telah mengeluarkan kemaluannya dan menunjukkan kepada mangsa.

“Empat laporan polis telah dibuat berhubung kejadian sama berlaku di kawasan perumahan terbabit.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam kejadian itu adalah sebanyak lima orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan kejadian itu, Asmadi berkata, pihaknya telah membuat satu tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 32 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Selasa jam 4.30 petang.

Advertisements

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai penghantar barang, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Menurutnya, suspek tidak mempunyai rekod lampau, namun mengaku terbabit dalam kesemua tiga kes yang disiasat.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek adalah negatif.

Tambahnya, permohonan reman telah dibuat pada Rabu dan diluluskan selama empat hari sehingga Sabtu bagi siasatan lanjut.

“Kawad cam terhadap suspek daripada lima orang mangsa akan dibuat pada Khamis,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan