25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Op Ambang Tahun Baru, 2,055 kenderaan disaman

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,055 buah kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan semasa operasi Ambang Tahun Baru 2021 yang diadakan di seluruh negara, malam tadi.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Zailani Hashim berkata, operasi bersepadu secara serentak itu diadakan di 15 lokasi seluruh negara bagi melestarikan aspek keselamatan jalan raya. 

Zailani Hashim. -foto FACEBOOK JPJ

Menurutnya, operasi itu melibatkan seramai 1,072 kekuatan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebanyak 9,973 buah kenderaan telah diperiksa manakala 2,055 buah kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Turut hadir,  Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Aminurrahim Mohamed; Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Khairul Anwar Bachok; Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik,  Mohamad Yatim Nawawi; Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail serta Ketua dan Pegawai Agensi Kerajaan.

Sebanyak 9,973 buah kenderaan diperiksa semasa Op Ambang Tahun Baru Di seluruh negara. -foto FACEBOOK JPJ


Zailani sehubungan itu berkata, masyarakat diseru supaya lebih peka terhadap pentingnya mengikut peraturan jalan raya dan mengubah tatacara pemanduan yang lebih selamat dan berkhemah serta berdisplin.

Beliau menambah, ini bagi memastikan jalan raya di negara ini selamat digunakan.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan