Monday, July 20, 2026

Lelaki ditahan bersama dadah RM10,837

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki bersama dadah jenis ecstasy seberat 799.78 gram dan ketamin sebanyak 9.24 gram yang dianggarkan bernilai RM10,837, hari ini.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, tangkapan dibuat susulan penahanan sebuah kereta jenis Mazda 3 yang dipandu suspek di Taman Century, Johor Bahru, Johor.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek yang berusia 23 tahun itu menemukan kesemua dadah berkenaan pada pukul 5 pagi tadi.

“Polis juga telah merapas sebuah kereta Mazda 3 yang bernilai RM50,000. Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952/2013.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama enam hari bermula hari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati.

“Polis IPD Johor Bahru Selatan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah supaya menghubungi kami di talian hotline 07-218 2323,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan