28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Empat nelayan Filipina bom ikan ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menumpaskan aktiviti pengeboman ikan oleh dua bot pam yang dikendalikan empat nelayan warga Filipina.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd. Rizam Nik Mohd. Fauzi berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan di sekitar 0.1 batu nautika di kawasan selatan Pantai Bangingod, Lahad Datu, Sabah, kelmarin.

Katanya, kedua-dua buah bot pam berwarna biru coklat dan merah biru berjaya dikesan melalui aduan awam lebih kurang pukul 1.40 tengah hari pada hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya).

Advertisements

“Empat kru bot berkenaan merupakan warga Filipina yang berusia antara 18 tahun hingga 35 tahun.

“Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki lesen serta nombor pendaftaran yang sah,” katanya menerusi hantaran Facebook, semalam.

Nik Mohd. Rizam berkata, dua enjin bot, satu penyauk ikan, lima ekor ikan disyaki hasil dari bom dan sebotol bom ikan telah dirampas pihak Maritim Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan