28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Loga Bala pangku jawatan Presiden MyPPP

Mesti Baca

NAIB Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan akan memegang jawatan pemangku Presiden parti itu berikutan kematian Presidennya, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz, semalam.

Setiausaha Agung, MyPPP Datuk Inder Singh Beant Singh berkata, Loga akan menjadi pemangku presiden berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti itu yang menetapkan bahawa naib presiden kanan akan bertindak sebagai presiden sekiranya jawatan itu kosong.

Beliau berkata, mengikut Perkara 9.3 perlembagaan yang sama, ia berkuat kuasa hingga perhimpunan agung diadakan bagi memilih presiden baharu.

Advertisements

“Dengan pemergian Maglin secara mengejut pada 17 November, Loga Bala akan memegang jawatan pemangku presiden hingga diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inder Singh berkata, mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Maglin boleh hadir ke Wisma MyPPP pada Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan 20 November dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Maglin meninggal dunia tengah malam Jumaat pada usia 67 tahun -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan