26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

KKR serah hampir RM500,000 kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBAGAI tanda solidariti dan dukacita atas krisis kemanusian yang berlaku di Palestin, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi swasta dibawahnya turut sama tampil menghulurkan sumbangan.

Hasil kutipan terkumpul, KKR telah menyerahkan sejumlah RM454,140 kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, seperti rakyat Malaysia yang lain, warga Kementerian Kerja Raya turut sama merasa dukacita di atas tragedi yang menimpa rakyat Palestin.

“Hari ini, saya bersama-sama warga KKR telah menyerahkan hasil kutipan yang telah dikumpul oleh kementerian ini dan sektor swasta kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin yang berjumlah RM454,140.000.

Advertisements

“Tabung ini merupakan inisiatif murni Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Luar Negara (KLN).

“Terima kasih saya ucapkan atas kemurahan hati semua. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik semua.

“Saya juga turut memberikan sumbangan sebulan gaji sebagai menteri kepada tabung ini.

“Semoga sumbangan kecil ini akan dapat membantu serba sedikit beban rakyat Palestin yang terjejas teruk kesan dari peperangan yang melanda di negara itu,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan