29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kawalan seludup rokok, minuman keras diperketat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memperketat langkah kawalan penyeludupan rokok dan memperluaskannya kepada produk minuman keras bermula 1 Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agensi penguatkuasaan akan terus memperhebat usaha sama menangani ketirisan hasil negara.

“Langkah kawalan penyeludupan rokok umpamanya telah menyumbang kepada penurunan peratus rokok tidak sah di pasaran tempatan kepada 56.6 peratus pada 2022 ketimbang 63.8 peratus pada 2020.

“Memandangkan bilangan rokok tidah sah masih tinggi di pasaran, kerjasama antara agensi akan dipertingkatkan termasuk memperketatkan kawalan penyeludupan minuman keras,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika membentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, semalam.

Anwar berkata, langkah kawalan penyeludupan produk minuman keras termasuklah menghadkan aktiviti pindah kapal (transhipment) di pelabuhan tertentu sahaja.

“Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam akan dijadikan sebagai laluan keluar tunggal bagi wilayah utara.

“Aktiviti import bagi rokok untuk pasaran domestik pula hendaklah dilakukan secara muatan kontena secara penuh (full container load),” jelas Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan