30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PDRM siasat rakyat Malaysia edar 622kg dadah di Australia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia kerana disyaki terlibat dalam rampasan dadah seberat 622 kilogram (kg) di Melbourne, Australia, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung rampasan dadah jenis methamphetamine itu.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan dadah yang menjadi ancaman negara.

“PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kini sedang bekerjasama dengan AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Advertisements

“Segala tindakan akan diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran/penyeludupan dadah yang menajdi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan polis Australia menahan empat lelaki selepas 662kg methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas.

Lapor Agensi berita Jerman (DPA), Polis Pasukan Sempadan Australia memaklumkan bungkusan itu tiba di Melbourne menerusi kargo laut dari Malaysia 4 Oktober lalu.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet kertas tandas dengan nilai rampasan dianggarkan hampir RM1.68 bilion. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan