26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Waspada sindiket jual permit umrah palsu

Mesti Baca

MEKAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merampas sejumlah permit palsu untuk menunaikan umrah dipercayai digunakan sindiket pemalsuan permit.


Saudi Gazette melaporkan, permit palsu itu didapati dijual kepada rakyat tempatan dan ekspatriat.


Beberapa sindiket terbabit dalam mengeluarkan permit palsu untuk menipu umat Islam yang sukar mendapatkan permit umrah.


Memetik laporan Al-Watan, kewujudan sindiket itu berikutan permintaan menggalakkan untuk tempahan yang membuatkan banyak orang menunggu selama beberapa minggu dan bulan.

Pegawai berkaitan di Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci menemukan beberapa permit palsu dibawa jemaah umrah selepas mengambilnya daripada beberapa ejen.

Jemaaah dan pelawat ke Dua Masjid Suci boleh mendapatkan permit yang dikeluarkan oleh aplikasi Eatmarna.

Advertisements

Agak mudah untuk mendapatkan permit untuk menunaikan solat di Dua Masjid Suci namun agak sukar untuk mendapatkan permit umrah dan solat di Rawdah Sharif.

Ini kerana kesemua permit dikeluarkan selama berminggu-minggu dan sindiket mengambil kesempatan daripada waktu sukar ini untuk memanipulasi jemaah dengan menjual permit palsu.

Kementerian memberi amaran kepada rakyat Arab Saudi dan ekspatriat daripada menghubungi individu atau agensi yang mendakwa boleh mengeluarkan permit menunaikan umrah dan solat di Rawdah Sharif.

Kesemua permit itu hanya dikeluarkan melalui aplikasi Eatmarna.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan