28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Shell batal rancangan tutup 34 stesen minyak di Sabah

Mesti Baca

SHELL membatalkan rancangannya untuk menutup 34 stesen minyak di Sabah menjelang Januari tahun depan.

Ia susulan siri perbincangan dengan kerajaan negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan berita baik itu.

“Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap situasi di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Kenyataan itu dikeluarkan susulan daripada pengumuman Shell mengenai rancangan penutupan stesen itu pada Jun lalu.

Berikutan itu, Hajiji telah bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman untuk membincangkan perkara berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan di bawah Shell Timur Sdn Bhd akan ditutup menjelang Januari tahun depan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi Kuala Kubu Bharu undi PH

NAMBIKKAI Malaysia menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) untuk menyokong serta mengundi...

Lagi Artikel Berkaitan