32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Mangsa banjir di Kedah, Perlis terus meningkat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,813 mangsa banjir dipindahkan ke 13 pusat penempatan sementara (PPS) di Kedah malam ini 1,220 mangsa pada sebelah pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, antara PPS terlibat ialah tiga Kubang Pasu, Kota Setar (tiga), Pokok Sena (tiga) dan Baling (empat).

“PPS di Kubang Pasu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu, manakala PPS di Kota Setar pula (SK Taman Aman, SMK Kepala Batas dan SK Seri Gunung); 

“Selain itu, PPS di Pokok Sena pula di SK Bukit Hijau, Maahad Tarbiyah Derang dan SK Permatang Limau, manakala PPS di Baling melibatkan SK Iboi dan SMK Jerai, SK Kampung Keda dan Surau Annur,” katanya menerusi malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu di Perlis pula menyaksikan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 48 orang dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangasaan Kubang Gajah, Arau.

Sementara itu, Pengarah APM Perlis, Leftenan Kolonel Mohd. Izaimi Md. Daud berkata, peningkatan enam mangsa di negeri itu melibatkan sebuah keluarga dari Kampung Alor Ara.

“Jika malam ini tidak hujan dan air pasang malam tidak memberi kesan kepada paras air, Insya-Allah mangsa mungkin akan dibenarkan pulang esok,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan