26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik – PM

Mesti Baca

KEINDAHAN pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di laman Facebook malam tadi, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

Advertisements

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya. 

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tema sambutan tahun ini ialah Perpaduan Teras Malaysia Madani. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

PUO, Samsung tubuh pusat pendidikan, kelas hibrid

POLITEKNIK Ungku Omar (PUO) menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi menubuhkan pusat pendidikan dan kelas hibrid Samsung bagi...

Lagi Artikel Berkaitan