32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

15,331 kilang di Selangor berisiko cemar sungai

Mesti Baca

SHAH ALAM – Sebanyak 15,331 buah kilang dan industri berpotensi menjadi punca pencemaran di dua lembangan sungai utama di Selangor iaitu Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim, berkata, sebanyak 6,462 kilang terletak di lembangan Sungai Selangor manakala 8,676 lagi di lembangan Sungai Langat.

Menurutnya, daripada jumlah itu, hanya 223 kilang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Banyak kilang di lokasi berkenaan berusaha membuat pendaftaran dengan JAS dan mereka bukan tidak layak sebaliknya tidak memenuhi kriteria untuk mendaftar dengan JAS.

“Antara kriteria yang membolehkan mereka berdaftar dengan JAS adalah pelepasan enfluen melebihi 60 Cubic Meter (60,000 liter) yang mana pelepasan yang dilakukan akan dipantau oleh JAS,” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Taklimat Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih Akibat Pencemaran di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri, di sini.

Advertisements

Izham dalam pada itu berkata, kolam takungan banjir di Sungai Gong, Rawang, akan dijadikan kolam rawatan awal air sebagai salah satu cara untuk mengekang pencemaran sumber air di Sungai Selangor.

Beliau menjelaskan, kolam takungan banjir berkeluasan enam hektar itu akan dibesarkan kepada 14 hektar selepas penelitian dibuat terhadap tanah milik kerajaan berdekatan kolam terbabit.

Ujarnya, kolam itu dalam proses untuk ditukar kepada kolam rawatan awal yang mana air kumbahan ataupun hujan akan memasuki kolam berkenaan seterusnya dirawat sebelum dilepaskan ke Sungai Kundang serta Sungai Sembah.

“Air yang sudah dirawat di peringkat awal itu akan memasuki muka sauk seterusnya ke Loji Rawatan Air (LRA) untuk diproses semula.

“Kolam berkenaan itu juga sekaligus mengurangkan kos rawatan air di LRA. Kita jangkakan projek ini akan bermula pada awal tahun hadapan dan siap pada akhir tahun,” katanya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan