27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

1 maut, 4 cedera kereta terbabas di Jalan Genting Highlands

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Genting Highlands-Genting Sempah dekat Gombak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 4.40 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati sebuah Proton Saga FLX dinaiki lima lelaki tempatan berusia 20-an terbabit kemalangan.

Advertisements

“Tiga mangsa cedera dan seorang lagi parah di bahagian kaki kiri, manakala seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Yakesh Sarawanan.

“Empat yang lain dilaporkan selamat dan seorang dikenali Jason Panir Selvam mengalami kecerderaan parah,” katanya.

Mukhlis berkata, punca kejadian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan