34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Jakim tiada hak gugur nama Norhafizah Musa

Mesti Baca

JABATAN Kemajuan Islam (Jakim) tidak terbabit dalam membuat keputusan menggugurkan Datuk Dr Norhafizah Musa dalam Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang dijadualkan pada 24 September ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia adalah hak penganjur.

Hakimah mengulas susulan aduan yang diterima mempertikaikan pembabitan Norhafizah dalam program berkenaan.

Malah pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya selaku rakan kerjasama program telah mengadakan perbincangan bersama penganjur utama yang juga sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Advertisements
Poster promosi program Muslimah Putrajaya Berselawat yang memapar Norhafizah sebagai penceramah utama.

“Kesepakatan telah dipersetujui sebagai langkah mengelakkan isu berbangkit timbul, oleh itu nama beliau telah digantikan dengan tokoh lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Norhafizah dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya mendakwa pengguguran namanya dalam program berkenaan dibuat atas arahan pihak atasan.

“Semoga isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi hak penganjur untuk menentukan keputusan bagi memastikan program berkenaan berjalan dengan lancar,” kata Hakimah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan