33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

PRN: Petisyen 4 kerusi DUN Selangor dikemuka dalam masa terdekat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di empat kerusi Dewangan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam masa terdekat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua kerusi tersebut dimenangi Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti yang rendah.

“(Petisyen) itu sedang diperhalusi, kita telah bincang untuk pihak PKR dahulu dan memang kita sudah semak semua perkara.

“Insya-Allah ia akan dikemukakan dalam masa terdekat, kita sedang menunggu proses keputusan pewartaan yang telah dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program FIT Malaysia peringkat Selangor 2023 di Kuala Langat, hari ini.

Advertisements

Antara kerusi yang dipertimbangan gabungan PH-BN untuk difailkan petisyen pilihan raya di kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil.

Pada PRN lalu, gabungan PN-BN tewas hanya dengan majoriti 30 undi di Taman Medan, Gombak Setia (58), Sungai Kandis (167) dan Dengkil (407).

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti.

Jelasnya, Majlis Pimpinan Negeri dengan pasukan peguam akan membuat penelitian lanjut berhubung kes di semua kerusi berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan