31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Khairul Aming dinobat Creator Of The Year di TikTok Award 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HEYSS Wasapppp Guysss..

Usaha beliau dalam berkongsi 30 resipi pada bulan Ramadan akhirnya membuahkan hasil.

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming, 31, telahdinobatkan sebagai pemenang bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year di TikTok Award 2023.

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata, kejayaan yang dikecapi bukan mudah dan memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan kandungan kreatif.

Katanya, TikTok telah menyediakan platform yang menghargai ‘content creator’ (pembuat kandungan) di Malaysia dan dengan adanya penganugerahan seperti ini industri ini dilihat semakin berkembang

“Kita perlukan lagi ‘content creator’ terutamanya dalam bidang yang boleh menyebarkan ilmu contoh baiki kereta, cara buat kuih tradisional, semua itu merupakan ilmu yang penting.

Advertisements

“Saya tidak sabar untuk melihat masa depan industri ini nanti.

“Jadi kepada anak-anak muda di luar sana yang ingin menjadi ‘content creator’teruskan pembelajaran kerana membuat kandungan media sosial bukan sekadar untuk viral.

“Untuk menjadi relevan dalam industri awak memerlukan banyak pengetahuan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan adab,”katanya di acara Anugerah Tik Tok Awards 2023 pada Ahad.

Pada 23 Ogos lalu, Khairul Aming telah menerima 1.3 juta undian sekali gus mendahului finalis bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year.

Acara itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan