26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Mengadu sesak nafas, M Daud Kilau kini stabil

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dilapor dalam keadaan stabil selepas mengalami sesak nafas, petang semalam.

Memetik Astro Awani, isteri beliau, Datin Rohani Awang Ngah berkata, keadaan suaminya  yang dirawat di Hospital Teluk Intan masih lagi lemah.

“Datuk baik-baik sahaja, cuma dia tengah lemah sedikit.

“Doktor minta untuk berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan,” katanya malam tadi.

M Daud Kilau dilapor dalam keadaan stabil.

Penyanyi berusia 83 tahun itu dimasukkan ke hospital pada pukul 3.15 petang semalam selepas mengadu sesak nafas sejak malam Rabu.

Advertisements

Sebelum ini, penyanyi itu yang sinonim dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Kesihatan penyanyi itu semakin merosot sejak beberapa tahun lalu kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Keadaan itu juga menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas.

Malah, sejak kebelakangan ini penyanyi itu lebih banyak berbaring di rumahnya di Sungai Balai Baru, Bagan Datuk.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan