27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Undian Piala AFC: Laluan Sabah mudah, Terengganu mencabar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SABAH FC menerima tonik terbaik menjelang pembukaan kejohanan Piala AFC pada 18 September depan apabila ditempatkan dalam kumpulan H bersama wakil Vietnam, Indonesia dan Singapura.

Dalam undian yang memihak kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu, skuad Sang Badak diundi bersama Haiphong FC (Vietnam), Hougang United (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia).

Sementara itu, nasib berbeza bakal ditempuh skuad Sang Penyu apabila diundi bersama juara Liga Australia 2022-23, Central Coast Mariners dalam kumpulan G.

Undian lengkap kejohanan Piala AFC 2023 yang diadakan hari ini. – Edisi9/AFC

Dua lagi pasukan yang bakal ditemui skuad kendalian Tomislav Steinbrückner itu adalah wakil Indonesia, Bali United dan Stallion Laguna (Filipina).

Advertisements

Kejohanan Piala AFC bakal membuka tirainya September ini dan dibahagian kepada lima zon seperti Zon ASEAN, Zon Asia Barat, Zon Asia Tengah, Zon Asia Timur dan Zon Asia Selatan.

Undian peringkat kumpulan hanya melibatkan pasukan berada dalam zon sendiri daripada kumpulan A sehingga I.

Wakil negara, Kuala Lumpur (KL) City FC musim lalu menamatkan saingan di kedudukan kedua selepas tewas 3-0 di tangan wakil Oman, Al-Saeeb di final. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan