33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

MUDA tidak bertanding PRK Pulai, Simpang Jeram

Mesti Baca

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Biro politik MUDA dalam kenyataan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati penyandang kedua-dua kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang banyak berjasa kepada rakan dan negara tercinta.

“MUDA mengucapkan selamat maju jaya kepada yang bertanding, khususnya dari parti Amanah. Semoga legasi Allahyarham dapat diteruskan,” katanya.

Advertisements

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan diadakan susulan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos ini.

Pengundian awal pula pada 5 September dan hari pengundian 9 September. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan