25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Search bakal gegar Kuantan Oktober depan

Mesti Baca

SELEPAS mencipta kejayaan pada Konsert Search Rockin’ On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat pada tahun lalu, Search bakal kembali dengan konsert lagi.

Kali ini, Search bakal menemui peminat-peminat di Pantai Timur khususnya Kuantan.

Kali terakhir kumpulan itu membuat persembahan di sana lebih dari 10 tahun lalu.

Bertempat di Stadium Sukpa, Konsert Search Rock ‘N’ Roll Pie yang julung-julung kali diadakan itu akan berlangsung pdaa hari Sabtu, 21 Oktober depan.

Bermula pada jam 9 malam, konsert Search Rock ‘N’ Roll Pie yang dianjurkan kali ini akan berlangsung selama 2 jam.

Advertisements

Semestinya mereka akan mempersembahkan lagu-lagu hits yang boleh dikatakan sing along songs dan akan dibawakan secara live oleh kumpulan Search.

“Konsert Search Rock ‘N’ Roll Pie ini adalah hadiah istimewa buat peminat Search di Pantai Timur yang sentiasa menyokong kami sepanjang 42 tahun dalam industri muzik tanah air,” kata Nordin Taib selaku ketua kumpulan Search.

Search turut memberikan penghargaan kepada rakan kerjasama dan penaja mereka iaitu Space Limitless selaku rakan strategik, Gitar Legend dan JS Music penaja, Grand Darul Makmur Hotel sebagai hotel rasmi dan THR Gegar sebagai radio rasmi.

Tiket-tiket bagi konsert ini sudah mula dijual sejak Julai lalu.

Tiket-tiket berharga RM95 (duduk) dan RM130 (berdiri) boleh didapati secara online di www.ticket2u.com. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan