30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Arab Saudi saran jemaah umrah pakai pelitup muka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARAB Saudi menyarankan pemakaian semula pelitup muka kepada jemaah umrah yang mengunjungi Masjidiharam dan Masjid Nabawi bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di kawasan sekitarnya.

Menurut infografik yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi di laman X pada Isnin, saranan itu dibuat bagi memelihara tahap kesihatan jemaah umrah dan para pengunjung kedua-dua masjid suci umat Islam berkenaan.

Saranan itu juga merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan yang dikuat kuasakan Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah 1445 Hijrah bagi warganegara dan penduduk tetap Arab Saudi serta negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Advertisements

Saranan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron baharu EG.5 dengan mengklasifikasikannya sebagai ‘varian yang menjadi perhatian’.

Media Arab Saudi sebelum ini melaporkan Jabatan Hal-Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Julai lalu telah mengedarkan hampir dua juta pelitup muka kepada para tetamu al-Rahman. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Salahkah pamer kebahagiaan dalam media sosial?

Oleh PROF MADYA DR AZMAWATY MOHAMAD NOR PADA suatu ketika dahulu, ramai yang mempamerkan kekayaan material dan harta benda dalam...

Lagi Artikel Berkaitan