26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang esok

Mesti Baca

CALON Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu, jam 3 petang esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob selepas beliau menyertai mesyuarat menetapkan siapa calon Menteri Besar Kelantan .

Ahmad berkata, pihaknya sudah memuktamadkan nama yang akan dipersembahkan kepada Istana Kelantan bagi mendapat perkenan Sultan Muhammad V, hari ini.

“Siapakah MB Kelantan, biar Tuanku yang tentukan. Berapakah jumlah calon itu tidak penting.

“Tunggulah, Insya-Allah senarai nama telah pun dipersetujui oleh Presiden,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Ahmad berkata, sebanyak tiga nama akan dikemukakan kepada Presiden dan kemudian dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk mendapat perkenan.

Kenyataan itu turut menggambarkan antara calon-calon yang dilihat layak untuk mengisi jawatan berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah (Panchor), Datuk Mohammad Fadzli Hassan (Temangan) dan Datuk Mohd Nasruddin Daud (Meranti).

Dapat dilihat ketiga-tiga ‘figura’ ini bukan sahaja mempunyai latar belakang agama, malah mempunyai wibawa sebagai seorang pemimpin sebagaimana digariskan oleh Pas.

Untuk menjadi seorang MB Kelantan, latar belakang pendidikan agama dilihat penting berikutan rakyat negeri itu begitu selesa dengan pemimpin yang boleh menyampaikan kuliah agama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan