28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Khairi Afiq, isteri selesai mengundi di Kerteh

Mesti Baca

CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd. Khairi Afiq Mohd. Yusof selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh hari ini.

Beliau tiba bersama isteri, Wan Azerine Wan Mohamed Azemi dan ibunya, Normee Awi serta dua adiknya kira-kira pukul 9.40 pagi.

Manakala lawannya yang juga penyandang, Ir Saiful Azmi Suhaili daripada Pas pula tiba di pusat pengundian sama seawal pukul 8 pagi lagi.

Mohd Khairi Afiq berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi di pusat-pusat pembuangan undi di DUN Kemasik.

Beliau menasihati para pengundi agar keluar mengundi lebih awal dan tidak menunggu pada saat-saat akhir.

“Alhamdulillah saya lihat proses pembuangan undi di DUN Kemasik setakat ini lancar.

“Cuma saya harap kepada para pengundi agar dapat keluar mengundi lebih awal bagi mengelak tertinggal,” katanya.

Advertisements

Berdasarkan tinjauan Edisi 9 pagi ini, jumlah mereka yang keluar mengundi kelihatan agak perlahan.

Penyelia Pusat Mengundi SK Air Jernih, Sharifah Nadilah Syed Ismail berkata, jumlah yang keluar mengundi di pusat berkenaan sangat perlahan.

“Saya harap jumlah ini dapat meningkat menjelang tengah hari dan petang,” katanya kepada Edisi 9 hari ini.

Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof bersama ibunya, Normee Awi (kiri) dan isteri, Wan Azerine Wan Mohamed Azemi selepas selesai mengundi di SK Kampung Baru Kerteh, Kemaman. – Foto: Edisi 9

Kerusi DUN Kemasik yang mempunyai 28,618 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan Pas dalam PRN kali ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Saiful Azmi menang dengan majoriti 2,164 undi menewaskan calon BN, Ir Rosli Othman dan Ir Rizan Ali daripada PKR.

Saiful Azmi memperoleh 9,645 undi manakala Rosli mendapat 7,481 undi sementara Rizan pula memperoleh 1,557 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan