29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Nik Abduh ‘buka puasa’ politik

Mesti Baca

“SAYA berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut,” kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh.

Bekas Ahli Parlimen Bachok itu memuat naik hantaran berkenaan di Facebook miliknya hari ini.

Selepas lebih seminggu, Nik Abduh menarik balik keputusannya itu untuk ‘berpuasa’ daripada arena politik negara.

Malah rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya juga meminta Nik Abduh kembali meneruskan perjuangan politik bagi menyambung legasi arwah bapanya, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Advertisements

Terdahulu,  pada 31 Julai lalu media melaporkan Nik Abduh mengesahkan dirinya ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

Khabar itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

“Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.

“Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia alu-alukan resolusi PBB berhubung Palestin – Anwar

MALAYSIA mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin...

Lagi Artikel Berkaitan