27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Harrison tidak sangka KJ hadir, beri sokongan moral

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON Perikatan Nasional (PN) Datuk Harisson Hassan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di Selangor tidak sangka, sahabat baiknya Khairy Jamaluddin Abu Bakar hadir ketika beliau berkempen di Puncak Alam, semalam.

“Petang tadi sempat saya bersantai dengan geng bapa-bapa di Puncak Alam. Muncul pula orang popular HotFM.

“Apa khabar, DJ Khairy Jamaluddin? Selamat singgah di #jeramlestari,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, tular video bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu hadir memberi sokongan kepada Harisson yang berkempen di Puncak Alam.

Dalam hantaran berlainan, Harisson berkongsi perbualan mereka, dan Khairy (KJ) bertanya ada tidak terdapat nasi kandar yang sedap untuk dinikmati di Puncak Alam.

“KJ tanya, ada nasi kandar yang surr tak di Puncak Alam dan saya cakap setakat ini yang mantul ada tiga iaitu Mamu FZ, Saddam dan Nasi Kandar Tapau.

“Bagaimanapun, tidak sempat nak bawa dia sebab jadual kempen saya yang padat.

“Apa pun, terima kasih Khairy Jamaluddin kerana meluangkan masa memberi sokongan moral. Lepas 12 Ogos nanti, kita ulang cari nasi kandar surr…

Advertisements

“Ada yang nak ikut saya dan KJ makan Nasi kandar minggu depan?,”tanya beliau.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, Harisson boleh menjadi wakil rakyat yang baik bagi mewakili kerusi berkenaan.

Khairy juga menyifatkan Harisson mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkaliber kerana berpengalaman, rajin serta berpendidikan.

“Kenapa? Sebab saya kenal dia lebih 20 tahun. Kami sama-sama masuk UMNO, belia sebagai Setiausaha Kerja Pemda UMNO pada waktu itu, dan saya sebagai Exco Pemuda UMNO.

“… dan memang daripada awal lagi saya menjangkakan antara rakan sebaya yang akan pergi jauh dalam politik adalah Datuk Harisson,” katanya memetik rakaman video berkenaan.

Harisson yang merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh dipecat daripada UMNO selepas beliau diumumkan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram mewakili PN.

Harrison berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Jahaya Ibrahim bagi kerusi DUN Jeram. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan