30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kastam hanya periksa ‘hand carry baggage’

isu rampasan ular di India

Mesti Baca

PEMERIKSAAN bagasi hanya dilakukan di bahagian pelepasan penumpang dan terhad kepada ‘hand carry baggage’.

JKDM dalam satu kenyataan berkata, bagasi berstatus ‘check-in baggage’ perlu didaftarkan dikaunter check in sebelum penumpang melalui kawasan pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di pintu pelepasan.

“Apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan Kastam, hanya bagasi/beg yang diikrar sebagai ‘hand carry baggage’ sahaja yang akan diperiksa menggunakan mesin pengimbas bagasi oleh pihak Kastam.

“Dalam kes ini, penumpang terbabit telah mendaftarkan bagasi (check-in baggage) sebelum melalui kawasan pemeriksaan Kastam.

Advertisements

“Pemeriksaan Kastam di bahagian pelepasan penumpang terhad kepada ‘hand carry baggage’ sahaja.

“Oleh itu pihak JKDM tidak dapat memberi maklumbalas bagi bagasi yang dibawa oleh penumpang yang berstatus ‘check-in baggage’,” katanya.

Terdahulu, pada 1 Ogos lalu, media tempatan telah melaporkan kes rampasan sebanyak 47 ekor ular sawa dan 2 ekor biawak telah ditemui dalam bagasi berdaftar ‘check in baggage’ di Lapangan Terbang Tiruchirapally, India melalui penerbangan Batik Air (Malindo) dari Kuala Lumpur menuju ke India pada 29 Julai (Sabtu). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan