Thursday, July 23, 2026

Pemindahan tisu pertama sepasang kornea mata di Hospital Jempol

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HOSPITAL Jempol telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan proses pendermaan tisu pertama yang membabitkan sepasang kornea mata pada 17 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, penderma tisu berkenaan ialah mendiang N Mathialagan, 61, yang telah diberikan kebenaran oleh waris dan ahli keluarganya untuk mendermakan kornea mata.

“Kedua-dua kornea mata yang diperoleh telah dihantar ke Bank Tisu Kornea di Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dipindahkan kepada pesakit lain.

“Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberikan kebenaran untuk menjalankan pendermaan tisu berkenaan, yang kemudian akan memberi sinar harapan kepada penerima yang memerlukan,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan pendermaan organ atau tisu kadaverik yang kelima untuk hospital di bawah Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah sejak 2008.

Dr Muhammad Radzi juga berharap pengorbanan murni seumpama itu dapat dicontohi dan diikuti lebih ramai rakyat Malaysia dalam usaha membantu serta menyelamatkan nyawa terutama pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my.,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan