27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Tok Mat pertahan kerusi DUN Rantau?

Mesti Baca

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Rembau itu ketika menjawab partanyaan pemberita semasa sidang media di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

“Insya-Allah,” katanya ketika ditanya kemungkinan beliau akan bertanding dalam PRN negeri itu tidak lama lagi, lapor FMT.

Advertisements

Mohamad menyandang kerusi DUN Rantau selepas menang dalam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2019.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan memenangi kerusi DUN tersebut sejak 2004 memperoleh 10,397 undi daripada 56 saluran, mengatasi tiga pencabarnya dengan majoriti 4,510 undi.

Pesaing terdekat bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, Dr S Streram daripada PKR mewakili Pakatan Harapan (PH), mendapat 5,887 undi. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan