30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Spritzer perkenal botol tanpa label, boleh kitar semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SPRITZER melancarkan inisiatif kelestarian terbaharu iaitu botol air mineral tanpa label dan 100 peratus boleh dikitar semula, sebagai langkah ke arah mengurangkan penggunaan plastik dan meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, dengan pengenalan botol baharu itu, kualiti air mineral dari punca air tetap dipelihara di kawasan Taiping, Perak.

“Air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan mineral silika mempunyai rasa yang lebih baik dan telah diiktiraf oleh Institut Rasa Antarabangsa yang berpangkalan di Brussels dengan pengiktirafan tiga bintang dalam Anugerah Rasa Unggul 2022,” katanya hari ini.

Air mineral semulajadi Spritzer berkualiti seimbang dan sesuai untuk membancuh kopi, teh dan digunakan untuk memasak.

Spritzer lancar botol tanpa label sebagai langkah ke arah mengurangkan penggunaan plastik.

Sempena pelancaran ini, botol tanpa label akan diperkenalkan secara terhad di peringkat permulaan dan boleh didapati di kedai dalam talian Spritzer dan Spritzer EcoPark.

Advertisements

“Manakala para pelanggan diberi pilihan air mineral Spritzer 1.25 liter dan 550 mililiter yang terdapat dalam pilihan tanpa label,” kata Spritzer.

Inisiatif terbaharu pembungkusan lestari ini adalah jejak langkah terhadap komitmen Spritzer untuk menjadi jenama sekular sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Kesemua botol Spritzer dihasilkan daripada bahan plastik kitar semula yang boleh dikitar semula selepas diminum dan mengambil tanggungjawap untuk menyelamatkan bumi dengan membekalkan produk dengan pembungkusan yang lebih lestari kepada para konsumer.

Sebagai jejak langkah usaha ESG, Spritzer juga menggalakkan para konsumer yang bertanggungjawab mengambil langkah kecil bersama munuju ke arah kelesterian alam sekitar seperti memilih produk mesra alam untuk memastikan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan