Thursday, July 23, 2026

Ibu terkejut anak main permainan ‘aksi dewasa’ di telefon bimbit

Tinjauan Edisi 9 terhadap permainan tersebut mendapati pengeluarnya meletakkan kategori permainan tersebut untuk mereka yang berusia 13 tahun ke atas.

Mesti Baca

SEORANG ibu baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan ibu bapa mengenai kandungan permainan dalam talian yang boleh diakses dengan mudah oleh anak-anak.

Pemilik akaun Facebook, Anna Talita Nafrizon menerusi perkongsian di media sosial mendedahkan, anaknya telah didapati bermain satu permainan dalam talian yang “tidak sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak” kerana mengandungi unsur tidak sihat.

Menurut beliau, permainan simulasi tersebut menampilkan watak lelaki dan perempuan, di mana pengguna perlu mengawal pergerakan watak-watak yang membawa kepada aksi-aksi yang boleh dipertikaikan seperti “lelaki mengangkat perempuan, perempuan duduk di atas lelaki”.

Beliau turut berkongsi bahawa kejadian itu berlaku secara kebetulan ketika mereka berada di dalam kereta.

Apa yang lebih membimbangkan, jelas beliau, anaknya segera memadam permainan itu setelah disedari sehingga membuatkan beliau curiga.

“Aku naik hantu sungguh sebab dia boleh nak sorok-sorok,” kongsi beliau, sambil menambah anaknya yang takut turut menerima pengajaran. 

Ibu tersebut bersyukur kerana sempat bertindak awal, terutamanya kerana anaknya dilihat asyik bermain telefon.

Anna Talita turut menjelaskan, walaupun beliau dan suaminya kerap memeriksa peranti anak mereka, aplikasi itu dipercayai baru sahaja dimuat turun.

“Rupanya dia baru sahaja muat turun, dia pun tak tahu ini permainan apa… baru mula Level 1,” dedahnya.

Kata beliau, ini membuktikan betapa mudahnya kanak-kanak mengakses dan memuat turun aplikasi secara senyap tanpa pengetahuan ibu bapa.

Sementara itu, tinjauan Edisi 9 terhadap permainan tersebut mendapati pengeluarnya meletakkan kategori permainan tersebut untuk mereka yang berusia 13 tahun ke atas.

Dalam permainan itu, pengguna perlu menggerakkan anggota badan watak-watak untuk membolehkannya melakukakan pelbagai tugasan yang ditetapkan.

Tangkap layar antara tahap permainan dalam talian yang dimaksudkn.

Pemain diberi dua pilihan kategori tugasan iaitu kegiatan riadah atau kisah percintaan watak yang mana dipercayai terdapat tugasan yang memerlukan pemain membantu watak melakukan aksi tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Sehubungan itu, Anna Talita menyeru semua ibu bapa agar memperketatkan pemantauan terhadap aplikasi permainan dalam telefon bimbit anak-anak mereka.

“Tolonglah pantau anak-anak anda. Jangan biarkan anak-anak anda bermain telefon sendiri, tengok apa yang anak muat turun.

“Menjaga anak sekarang sangat mencabar. Semoga anak kita Allah lindungi,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan