Sunday, July 19, 2026

Dua daripada tiga lelaki Malaysia berisiko lemah syahwat

Ramai lelaki masih cenderung menyembunyikan masalah mereka kerana malu, sehingga akhirnya isteri yang tampil mengadu.

Mesti Baca

MASALAH kesihatan seksual lelaki, termasuk isu fungsi ereksi (Erectile Dysfunction, ED) dan pancut awal (Premature Ejaculation, PE), semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Kajian antarabangsa mendedahkan bahawa dua daripada tiga lelaki berisiko mengalami masalah ini sepanjang hayat dan ia bukan sahaja menjejaskan keyakinan diri, malah turut memberi kesan terhadap keharmonian rumah tangga serta kesejahteraan keluarga.

Menurut Pengarah Urusan HIM Wellness, Dr. Ahmad Samhan, ramai lelaki masih cenderung menyembunyikan masalah mereka kerana malu, sehingga akhirnya isteri yang tampil mengadu.

“Kesihatan seksual lelaki bukan sekadar isu individu, tetapi memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat. Apabila lelaki sihat, rumah tangga lebih bahagia, dan produktiviti hidup turut meningkat.

“Selain faktor fizikal, masalah kesihatan seksual lelaki turut berkait rapat dengan gaya hidup, tekanan mental dan tahap kesihatan menyeluruh. 

“Oleh itu, pendekatan moden yang merangkumi pemeriksaan awal, rawatan klinikal, gaya hidup sihat, serta sokongan psikososial adalah kunci kepada penyelesaian jangka panjang,” katanya.

Dr. Ahmad berkata demikian pada Seminar Pengukuhan dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki anjuran Klinik Kesihatan Sungai Besi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hadir sama Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Sungai Besi, Dr Norhaslira Abdul Rahim.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad turut menegaskan bahawa masalah ED dan PE bukanlah sesuatu yang harus dianggap memalukan kerana puncanya boleh datang daripada faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, tahap hormon rendah, mahupun gaya hidup tidak sihat termasuk stres dan merokok.

“Berita baiknya, rawatan dan solusi tersedia dalam pelbagai bentuk menerusi perubahan gaya hidup seperti berhenti merokok, mengawal paras gula serta bersenam, hinggalah kepada kaedah moden seperti rawatan shockwave yang membantu memulihkan aliran darah zakar. 

“Selain itu, senaman kegel, teknik kawalan, dan pengambilan makanan tambahan berdaftar yang selamat juga mampu membantu meningkatkan kualiti kesihatan seksual lelaki,” ujarnya.

Program ini bertujuan bagi membongkar mitos serta memberi pendedahan tentang fakta sebenar berkaitan kesihatan lelaki yang sering dianggap isu tabu.

Sementara itu, mengenai Seminar Pengukuhan Dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki, ia adalah perkongsian interaktif bersama pakar kesihatan lelaki, dengan memberi fokus kepada mitos dan fakta mengenai kesihatan seksual lelaki, kepentingan rawatan awal dan gaya hidup sihat serta menggalakkan lelaki tampil mendapatkan bantuan tanpa rasa malu.

“Saya harap program ini dapat menjadi platform berterusan dalam memecahkan stigma dan mengubah persepsi masyarakat bahawa kesihatan lelaki adalah sebahagian penting daripada kesihatan keluarga dan negara,” ujar Dr Ahmad.

Mengenai HIM Wellness Sdn. Bhd., ia adalah sebuah pusat kesihatan lelaki di Kuala Lumpur dengan misi meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan lelaki Malaysia. 

HIM Wellness komited menyokong usaha KKM dalam memperkukuh kesihatan masyarakat melalui pendidikan, konsultasi profesional, serta program kesedaran awam.

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan