Thursday, June 4, 2026

Kerajaan tubuh Majlis Penasihat Aset Digital dan AI

Satu entiti penasihat strategik yang akan memainkan peranan penting bagi meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam penguasaan teknologi dan bagi mengharungi ekonomi digital.

Mesti Baca

KERAJAAN hari ini bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan (AI) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, majlis tersebut merupakan satu entiti penasihat strategik yang akan memainkan peranan penting bagi meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam penguasaan teknologi dan bagi mengharungi ekonomi digita

“Teknologi aset digital dan AI kini menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi global dan daya saing negara,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Sebelum itu, Anwar mempengerusikan mesyuarat pertama majlis penasihat tersebut di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, dalam mesyuarat tersebut, antara dibincangkan adalah potensi Malaysia sebagai hab utama dalam teknologi blockchain dan aset digital.

Ini termasuk dalam sektor strategik seperti perdagangan rentas sempadan, industri halal dan kewangan Islam.

Kata Perdana Menteri, antara fokus utama ialah penggunaan teknologi seperti tokenisasi, stablecoin, aset kripto, AI, analitik data raya dan pengkomputeran awan untuk memperkasa sektor kewangan digital yang lebih cekap, selamat dan inklusif.

Beliau percaya, teknologi-teknologi tersebut mampu memacu inovasi dalam struktur pasaran, mempercepatkan transaksi serta memperkukuh ketelusan dan pematuhan.

“Saya mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam memastikan dasar yang menyokong pembangunan teknologi secarabertanggungjawab dan progresif.

“Dengan kepimpinan yang jelas dan ekosistem teknologi yang progresif, Malaysia bersedia muncul sebagai peneraju dalam ekonomi digital global,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan