Thursday, July 23, 2026

Anwar adakan mesyuarat dua hala dengan Starmer di London

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerjanya ke United Kingdom dengan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Keir Starmer di Downing Street, London.

Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak senada dan sepakat untuk meningkatkan kerjasama strategik lebih erat dan rapat dalam bidang pelbagai bidang.

Beliau berkata, ini termasuk bidang pendidikan, ekonomi, pertahanan, tenaga dan kecerdasan buatan, selain turut membincangkan penyelesaian isu Palestin di Gaza.

“Hal-hal yang dibincangkan ini akan seterusnya dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Anwar berkata, memandangkan ini merupakan lawatan ke negara Eropah pertama selaku Pengerusi ASEAN, beliau menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur sekaligus membentuk sinergi ekonomi baharu.

Sebelum itu, Perdana Menteri tiba di London bagi mengadakan lawatan kerja selama lima hari atas jemputan Starmer.

Lawatan itu dijangka akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang khususnya UK adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah.

“Saya percaya, lawatan ini juga akan memberikan nafas baharu kepada hubungan dua negara selepas Keir Starmer memegang jawatan Perdana Menteri sejak Julai 2024,” kata beliau.

Anwar berkata, sepanjang di UK beliau dan delegasi akan memanfaatkan segala ruang yang ada dalam menerokai inisiatif-inisiatif baharu terkait bidang perdagangan dan pelaburan.

Ini susulan penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) selain sinergi sektor ekonomi, ASEAN, global dan situasi di Myanmar dan Palestin. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan