23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Malaysia bersedia galas tanggungjawab, rintis kebangkitan ASEAN

Mesti Baca

MALAYSIA kini bersedia menggalas tanggungjawab untuk merintis kebangkitan ASEAN pada tahun 2025 dengan membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, Malaysia melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama.

Menurut Anwar, Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati selain turut menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan memperjuangkan isu global.

Beliau berkata, ia terutama dalam mendukung keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang.

“Alhamdulillah, rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eskport negara serta menjulang negara di persada dunia.

Advertisements

“Dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, kita melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama,” katanya menerusi hantaran dalam media sosialnya hari ini.

Malaysia akan menggalas tanggungjawab sebagai Kepengerusian ASEAN buat kali keempat tahun depan selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Dalam hantaran yang disertakan dengan rakaman video mengenai hubungan Malaysia dengan negara-negara asing, beliau mengimbau lawatannya ke 24 negara sepanjang 2024.

Antaranya Singapura, Brunei, Indonesia, China, Australia, Rusia, Jerman, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan, Jepun, India, Peru dan Brazil.

Selain itu, Malaysia turut menerima 35 lawatan rasmi dan kunjungan hormat pembesar negara asing antaranya Kemboja, Argentina, China, Kyrgyzstan, Mesir, Thailand dan Bahrain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan