29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Semua projek baharu perlu ada blok perumahan Madani – PM

Mesti Baca

SEMUA projek baharu perumahan di ibu negara perlu menyediakan blok Madani bagi keperluan golongan yang berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta agar Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memastikan syarat tersebut dilaksanakan.

Beliau berkata, syarat tersebut merupakan ketergasan kerajaan yang prihatin dengan golongan tersebut termasuk kelompok B40 dan M40 yang lebih susah.

“Kerajaan sedar akan kerumitan masalah perumahan khususnya dari segi pemilikan sehingga terpaksa menunggu giliran yang lama demi mendapatkan rumah yang disediakan DBKL atau mana-mana kerajaan negeri,” katanya hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Advertisements

Anwar turut meluangkan masa meninjau unit kediaman yang diduduki selain bertegur sapa dengan penghuni perumahan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri mengambil maklum keluhan orang ramai berhubung keadaan Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri ketika singgah di lokasi tersebut sejurus selesai majlis di PPAM Madani.

Anwar berkata, beliau hadir untuk melihat sendiri keadaan persekitaran pusat penjaja tersebut daripada segi kemudahan infrastruktur yang perlu ditambah baik atau yang telah siap untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.

“Antara yang dibangkitkan adalah penambahan atau keluasan kawasan parkir selain penghargaan kepada kerajaan di atas kemudahan bumbung baharu yang lebih selesa sekaligus menarik lebih ramai pengunjung di kawasan tersebut.

“Saya beri jaminan kerajaan akan terus berusaha mengindahkan pembangunan warung, gerai dan restoran agar lebih bersih dan berkualiti di setiap negeri dan bandar di seluruh negara, Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan