27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

Mesti Baca

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit, Richiamo Mart.

Baru membuka cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi, Richiamo Mart bakal menambah empat lagi cawangan di beberapa negeri dalam tempoh terdekat.

Pengarah Urusan Richiamo Mart Sdn Bhd, Wan Najib Wan Daud berkata, cawangan kedua dan ketiga akan dibuka di Petron Cheng di Melaka serta Seremban Oasis di Negeri Sembilan.

Manakala cawangan keempat dan kelima, menurutnya, akan dibuka di Bandar Dato Onn, Johor Bahru serta di Caltex Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pembukaan Richiamo Mart adalah untuk memberi pilihan kepada para pelanggan selain menyediakan platform kepada para usahawan tempatan memasarkan produk masing-masing di cawangan Richiamo Mart seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan Richiamo Mart cawangan pertamanya di Plaza Bangi Perdana oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn Bhd, Muhamad Zamry Abu Samah.

Advertisements

Richiamo Mart merupakan cabang perniagaan baharu di bawah Kumpulan Richiamo selain daripada Richiamo Manufacturing, Richiamo Coffee dan Yayasan Dakwah Negara.

Wan Najib berkata, ketika ini terdapat jenama-jenama usahawan tempatan yang telah memasarkan produk mereka menggunakan platform Richiamo Mart selain jenama yang sudah terkenal.

Beliau berkata, pihaknya berhasrat sekurang-kurangnya 60-70 peratus barangan yang ada di dalam kedai adalah daripada produk-produk keluaran tempatan selain jenama nasional yang terkenal.

“Kita memperkenalkan konsep kafe di dalam mart di mana para pelanggan boleh menikmati makanan seperti kopi, air krin, oden, pau dan dim sum serta pastri dan roti di dalam mart selain dapat membeli belah barang keperluan,” katanya.

Jelas Wan Najib, penubuhan Richiamo Mart untuk memberi pilihan terbaharu kepada para pelangan di negara ini sekali gus menyediakan platform kepada usahawan-usahawan tempatan mempromosikan produk keluaran masing-masing.

“Sememangnya perniagaan seperti ini selain mewujudkan rantaian perniagaan yang berterusan, ia juga mampu memberi skala ekonomi yang luas dan sudah tentunya memberi banyak peluang pekerjaan di kalangan rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan