30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

Mesti Baca

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalruddin Ishak berkata, proses pengundian awal itu hanya melibatkan dua pusat mengundi iaitu di Dewan Serbaguna Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infrantri, Kem Erskine yang bermula 8 pagi hingga 5 petang.

“Proses mengundi awal bagi PRK Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu melibatkan seramai 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan. Peratus keluar mengundi bagi hari mengundi awal adalah sebanyak 97 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

Advertisements

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, pengamal media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lepas.

Kee Hion, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

Sehubungan itu, SPR telah menetapkan hari pengundian PRK tersebut pada 11 Mei ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan