27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lagi sindiket ejen pekerja asing tumpas, dua lelaki ditahan

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sekali lagi berjaya menumpaskan sindiket ejen pekerja asing dalam satu Operasi Khas yang dijalankan di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pengarah Imigresn, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula pada pukul 1.30 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Beliau berkata, berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak setelah berjaya mengesan dan mengekori suspek sewaktu pertemuannya dengan seorang lagi suspek di satu lokasi sekitar Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Rentetan itu, pasukan operasi telah menahan dua orang suspek utama iaitu seorang lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 50 hingga 52 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’.

“Hasil semakan awal mendapati suspek adalah warganegara Myanmar yang berstatus Pemastautin Tetap (PR) dan warganegara Bangladesh yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Sektor Perkhidmatan yang masih sah laku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, kedua-dua suspek tersebut telah berkahwin dengan warganegara Malaysia.

Suspek yang juga dalang utama merupakan warga Myanmar dan Bangladesh.

Katanya, pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM91,550; 12 naskhah pasport Bangladesh; senaskhah pasport Indonesia, dokumen syarikat, dokumen permohonan program Rekablirasi Tenaga Kerja (RTK) dan tiga unit telefon bimbit.

Advertisements

Jelas beliau, modus operandi sindiket adalah menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program RTK 2.0 dengan mensasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia.

“Sindiket ini menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di Pejabat Imigresen dan dipercayai telah menjalankan operasi selama satu tahun.

“Bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing ini di antara RM1,500 hingga RM2,000,” katanya.

Kedua-dua suspek, katanya, ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Manakala dua lelaki dan seorang perempuan warganegara Malaysia pula diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan