25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan perniagaan kepada rakyat Selangor tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi aktiviti keusahawanan MARA seperti Program Pensijilan Usahawan (BEST) dan Program Pendigitalan Perniagaan (DIGITALBIZ), MARA Selangor memperuntukan sebanyak RM816,000 kepada 383 usahawan.

Manakala bagi pembiayaan usahawan pula, kata beliau, MARA menyediakan sebanyak RM39,055,000 kepada 390 usahawan yang layak manakala RM2,999,335 untuk membaik pulih premis perniagaan di Selangor.

“Bagi peruntukan di bawah JAKOA pada tahun 2024, sebanyak 22 Kampung Orang Asli (10 Daerah Kuala Langat dan 3 Daerah Klang) dengan jumlah penduduk seramai 6,396 orang yang majoritinya suku kaum Mah Meri menerima RM977,000 bagi 25 projek pembangunan Kampung Orang Asli dan RM1,370,000 untuk program Pembiayaan Perniagaan,” katanya.

Zahid mengumumkan perkara itu ketika Program Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek As Solihin, Kachong Darat, Banting, Selangor hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, KKDW melalui KEMAS negeri Selangor memperuntukkan RM669,500 untuk pembangunan komuniti.

Ini meliputi program Hari Kebesaran Islam, Klinik Audit Solat, Street Dakwah, Kampung Mandiri, Jom Masuk Kampung, Kem Eksplorasi Belia, Kembara Merdeka, Sahabat Komuniti Desa, Sukarelawan Prihatin, Projek Rakan Kebun, Pakej Latihan Keusahawanan serta promosi dan pemasaran.

Advertisements

“Sebanyak RM796,000 lagi diperuntukkan untuk pendidikan kemahiran meliputi program Sijil Kemahiran Malaysia-Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT), Quick Win, Program Promosi Kemahiran, Kursus Kemahiran Jangka Pendek Wins dan Perolehan Peralatan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, di Selangor, FELCRA Berhad telah membangunkan ladang seluas 2,450 hektar di Selangor dengan dua jenis tanaman iaitu kelapa sawit dan getah.

Sebanyak 22 projek di Selangor yang dikawal selia oleh FELCRA Berhad ini telah memberi manfaat kepada hampir 2,600 orang peserta di dua kawasan iaitu Batu 8 Sejangkang dan Lembah Bernam.

Sehingga Disember lalu, Zahid berkata, FELCRA Berhad telah berjaya menyalurkan bayaran agihan keuntungan tahunan melebihi RM4.6 juta kepada 1,951 peserta.

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM13,000 kepada 60 orang anak yatim dan 70 orang pelajar tahfiz dari kariah Masjid Jamek As-Solihin.

Program iftar yang memasuki tahun kedua penganjuran, telah di adakan di 9 lokasi iaitu di Kluang, Tanah Merah, Terengganu, Trolak, Nibong Tebal, Labuan, Pendang, dan Banting menjadi lokasi kedua terakhir sebelum Bagan Datuk, Perak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan