32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

Mesti Baca

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, ruang kerjasama tersebut bukan hanya di peringkat kerajaan tetapi juga di peringkat parti.

Beliau berkata, permintaan itu disampaikan oleh ramai pemimpin utama China yang berkunjung ke negara ini dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Dalam tempoh beberapa bulan ini, saya telah berjumpa dengan ramai pemimpin utama negara China yang hadir ke Malaysia dan rata-rata yakin hubungan antara dua negara dapat terus ditambahbaik.

“Permintaan mereka agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan sama ada di peringkat parti mahupun Kerajaan untuk kelebihan rakyat secara keseluruhannya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, Zahid yang juga Presiden UMNO menerima kunjungan Menteri Hubungan Antarabangsa China, Liu Jianchao dari Parti Komunis China di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Turut serta Menteri Pengajian Tinggi merangkap Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Kadir; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Mengiringi Liu pula ialah Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing serta pegawai-pegawai kedutaan yang turut dapat bersama dalam sesi perbincangan.

Zahid berkata, antara yang dibincangkan termasuk sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, Mei ini.

“Kami turut membincangkan tentang bidang-bidang berfokus seperti TVET di mana akan terhasil banyak lagi kolaborasi di antara dua negara untuk memperkasa industri ini,” katanya.

China juga, telah menawarkan kesediaan untuk menyediakan lebih banyak siri latihan, perkongsian pengalaman dan peluang pendidikan dalam bidang teknologi dan vokasinal khususnya kepada pelajar serta pekerja di Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan