32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Insentif penjawat awam akan dibayar 23 Februari – PM

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran insentif kepada penjawat awam akan disalurkan pada 23 Februari ini.

Menurut Perdana Menteri, ia melibatkan pemberian RM2,000 kepada setiap penjawat awam Gred 56 ke bawah serta RM1,000 kepada Jawatan Utama Sektor Awam.

“Saya juga menjangka pelarasan gaji penjawat awam akan dapat diselesaikan selewatnya dua bulan dari sekarang.

“Saya tidak berkeinginan untuk berlengah lagi dengan mengadakan banyak lapisan kelulusan yang hanya menambahkan birokrasi dan melambatkan usaha dan cita murni kita,” katanya hari ini.

Sebelum itu Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadakan perjumpaan bulanan dengan warga Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya hari ini.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Anwar Ibrahim bersama warga Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri berkata, bibit awal pentadbiran, kerajaan menjunjung prinsip keadilan dengan meleraikan amalan pembaziran dan perbelanjaan yang menjurus kepada ketirisan.

Advertisements

Pada masa yang sama, kata beliau, kerajaan juga menjalankan tanggungjawab dengan amanah untuk meningkatkan hasil negara.

“Daripada langkah tersebut maka kita dapat tingkatkan bantuan kepada rakyat,” katanya seperti dimuatkan dalam hantaran Facebook beliau.

Sebagai contoh, kata Anwar, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah digandakan bayarannya sementelahan jumlah penerima pula melonjak kepada 700,000 ketimbang 210,000 tahun lepas.

Bayaran maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula, jelas beliau, dinaikkan hampir 20 peratus kepada RM3,700 dengan 9 juta rakyat berkelayakan menerima bantuan program tersebut.

Katanya, Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluran Getah pula ditambah baik kepada RM3 ketimbang RM2.70 pada tahun lalu manakala kebajikan pesawah padi juga tidak dilupa dengan usaha meningkatkan kadar skim subsidi dan harga lantai belian padi.

“Saya berterima kasih kepada penjawat awam dan warga MOF yang secara umumnya taat melunaskan tanggungjawab mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan