26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Kerajaan Pusat setuju serah kuasa kawal selia elektrik Sabah

Mesti Baca

KERAJAAN Pusat bersetuju menyerahkan kuasa kawal selia bekalan elektrik di negeri Sabah kepada kerajaan negeri dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bermula tahun ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dalam kenyataan berkata, penyerahan kuasa kawal selia itu membabitkan dua fasa iaitu Fasa 1 bermula semalam.

Manakala bagi Fasa II pula melibatkan penyerahan kawal selia kepada SESB yang akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun iaitu sehingga 2030.

Kementerian itu berkata, keputusan tersebut sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawal selia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Walaupun demikian, kata kementerian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Pusat.

“Selepas penyerahan ini, adalah diharapkan Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa komited dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, pada masa kini pemilikan SESB di peringkat kerajaan negeri hanya 17 peratus manakala Tenaga Nasional Berhad menguasai 83 peratus.

Semalam, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor berkata, kerajaan negeri merancang untuk mengambil alih SESB dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau berkata, kerajaan Sabah akan mencari satu formula khusus bagi merealisasikan rancangan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan