30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sanusi tidak terlibat lawatan PM ke Sadao, tapi…

Mesti Baca

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya tidak terlibat dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sadao, Thailand pada 27 November lalu.

Bagaimanapun Perdana Menteri mengizinkan Sanusi untuk menyertai delegasi rasminya bagi memenuhi permintaan yang dibuat Menteri Besar.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, surat bertarikh 25 November 2023 kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar adalah jemputan bagi menyertai program lawatan Perdana Menteri Malaysia dan Thailand ke ICQS Bukit Katu Hitam.

Menurut kementerian itu, jemputan tersebut adalah berdasarkan kesesuaian penglibatan Sanusi di dalam program berkenaan.

“YAB Menteri Besar Kedah tidak terlibat dalam mesyuarat pre-council bersama YAB Perdana Menteri dan surat bertarikh 25 November 2023 tidak menyebut tentang mesyuarat pre-council ini.

Advertisements

“Apabila YAB Menteri Besar Kedah mengambil keputusan untuk turut hadir ke mesyuarat pre-council ini, YAB Perdana Menteri telah menyediakan kerusi untuk beliau,” kata kementerian itu dalam kenyataab hari ini.

Kementerian itu mengulas kenyataan Sanusi semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada Rabu mengenai ketiadaan kerusi bagi beliau semasa mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri di Hotel Raia, Alor Setar.

Mesyuarat itu, katanya, diadakan sebelum bermulanya Lawatan Kerja Perdana Menteri ke Sadao, Thailand.

“Kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenarnya iaitu Kementerian Luar Negeri dan YAB Perdana Menteri telah memberikan pertimbangan khas kepada YAB Menteri Besar Kedah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan